TEKS BAHASA ARAB
كان إذا أتاه رجل فرأى في وجهه بشراً أخذ بيده.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Bahawa Nabi SAW apabila datang kepada baginda seorang lelaki, lalu Baginda melihat ada kegembiraan pada wajahnya maka Baginda akan memegang tangannya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 77, hadis nombor 370. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عكرمة – رضي الله عنه – أن النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((كان إذا أتاه رجل فرأى في وجهه بشراً أخذ بيده)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (4163)].
(Lemah)
Daripada Ikrimah RA: Bahawa Nabi SAW apabila datang kepada baginda seorang lelaki, lalu Baginda melihat ada kegembiraan pada wajahnya maka Baginda akan memegang tangannya.
[Riwayat Ibn Sa’ad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4163].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.