Daif

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah SAW akan memegang tangan lelaki yang berjumpanya apabila baginda melihat ada kegembiraan pada wajah lelaki itu

Teks Bahasa Arab

كان إذا أتاه رجل فرأى في وجهه بشراً أخذ بيده.

Teks Bahasa Melayu

Biasanya apabila seorang lelaki datang kepada Baginda, lalu baginda melihat ada kegembiraan pada wajahnya, baginda akan memegang tangannya.

Sahabat Perawi

  1. Ikrimah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 77, hadis no. 370. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عكرمة - رضي الله عنه - أن النبي - صلى الله عليه وسلم -: ((كان إذا أتاه رجل فرأى في وجهه بشراً أخذ بيده)). [ابن سعد، ((الضعيفة)) (4163)].

(Daif) Daripada ‘Ikrimah RA, bahawa Nabi SAW biasanya apabila seorang lelaki datang kepada Baginda, lalu baginda melihat ada kegembiraan pada wajahnya, baginda akan memegang tangannya. [Riwayat Ibn Sa’d. Lihat al-Silsilah al-Da'ifah, no. 1635].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.