Rasulullah SAW akan memegang hidung A’isyah RA ketika A'isyah dalam keadaan marah

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا غضبت أخذ بأنفها، وقال: يا عويشة قولي: اللهم رب النبي محمد – صلى الله عليه وسلم -؛ اغفر ذنبي، وأذهب غيظ قلبي، وأجرني من مضلات الفتن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila A’isyah marah, Baginda akan memegang hidung A’isyah. Lalu Baginda berkata: Wahai ‘Uwaisyah, ucapkanlah: ‘’Ya Allah, wahai Tuhan kepada Muhammad SAW, ampunkanlah dosaku, dan hilangkanlah kemarahan daripada jantung hatiku, dan bebaskanlah aku dari kesesatan fitnah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 78, hadis nombor 376. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة – رضي الله عنها-، أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((كان إذا غضبت أخذ بأنفها، وقال: يا عويشة قولي: اللهم رب النبي محمد – صلى الله عليه وسلم -؛ اغفر ذنبي، وأذهب غيظ قلبي، وأجرني من مضلات الفتن)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4207)].

(Lemah)
Daripada A’isyah RA beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila A’isyah marah, Baginda akan memegang hidung A’isyah. Lalu Baginda berkata: Wahai ‘Uwaisyah, ucapkanlah: ‘’Ya Allah, wahai Tuhan kepada Muhammad SAW, ampunkanlah dosaku, dan hilangkanlah kemarahan daripada jantung hatiku, dan bebaskanlah aku dari kesesatan fitnah.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4207].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs