Rasulullah SAW akan meletakkan tangan di mulut apabila ketawa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان إذا جرى به الضحك وضع يده على فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah SAW apabila ingin ketawa Baginda akan meletakkan tangan di mulut.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 77, hadis nombor 372. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن يزيد بن مرة عن جده – رضي الله عنه – مرفوعا: ((كان إذا جرى به الضحك وضع يده على فيه)). [الدولابي، ((الضعيفة)) (4183)].

(Sangat Lemah)
Daripada Yazid bin Murrah daripada datuknya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW apabila ingin ketawa Baginda akan meletakkan tangan di mulut.
[Riwayat al-Daulabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4183].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.