Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان إذا جَرَى بِهِ الضَّحِكُ وَضَعَ يَدَهُ على فِيهِ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah SAW apabila ingin ketawa Baginda akan meletakkan tangan di mulut.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 77, hadis no. 372. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن يزيد بن مرة عن جده - رضي الله عنه - مرفوعا: ((كان إذا جرى به الضحك وضع يده على فيه)). [الدولابي، ((الضعيفة)) (4183)].
(Terlalu Daif) Daripada Yazid bin Murrah daripada datuknya RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah SAW apabila ingin ketawa Baginda akan meletakkan tangan di mulut. [Riwayat al-Daulabi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4183].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman