Rasulullah S.A.W pernah solat di tempat yang telah dikencingkan oleh al-Hasan dan al-Husein

TEKS BAHASA ARAB

كان يصلي في المكان الذي يبول فيه الحسن والحسين، فقالت عائشة: يا رسول الله! ألا تنظر مكانا من الحجرة أنظف من هذا؟ قال: يا حميراء ! أما علمت أن العبد إذا سجد لله تعالى طهر له موضع سجوده إلى سبع أرضين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah S.A.W pernah solat di tempat yang telah dikencingkan oleh al-Hasan dan al-Husein. Lalu ‘A’isyah berkata: Wahai Rasulullah, tidakkah kamu ingin melihat suatu tempat yang lebih bersih berbanding tempat ini ? Baginda berkata : Wahai Humaira’, tidak tahukah kamu bahawa seorang hamba itu apabila dia sujud dengan suatu sujud kerana Allah, Allah akan mensucikan untuknya tempat sujudnya itu sehingga ke lapisan tanah yang ke tujuh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 269, hadis nombor 1403. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها- قالت: ((‌كان صلى الله عليه وسلم ‌يصلي ‌في ‌المكان ‌الذي ‌يبول ‌فيه ‌الحسن ‌والحسين))، ‌فقالت ‌عائشة: ‌يا ‌رسول ‌الله! ‌ألا ‌تنظر ‌مكانا ‌أنظف ‌من ‌هذا؟ ‌قال: ‌((يا ‌حميراء! ‌أما ‌علمت ‌أن ‌العبد ‌إذا ‌سجد ‌سجدة ‌لله ‌تعالى ‌طهر ‌له ‌موضع ‌سجوده ‌إلى ‌سبع ‌أرضين)).
[أبو حفص ابن الزيات في " حديثه "، عد، ((الضعيفة)) (‌‌2653)]

(Palsu)
Daripada ‘Aisyah RA beliau berkata: Rasulullah S.A.W pernah solat di tempat yang telah dikencingkan oleh al-Hasan dan al-Husein. Lalu ‘Aisyah berkata: Wahai Rasulullah, tidakkah kamu ingin melihat suatu tempat yang lebih bersih berbanding tempat ini ? Baginda berkata : Wahai Humaira’, tidak tahukah kamu bahawa seorang hamba itu apabila dia sujud dengan suatu sujud kerana Allah, Allah akan mensucikan untuknya tempat sujudnya itu sehingga ke lapisan tanah yang ke tujuh.
[Riwayat Abu Hafs Ibn al-Zayyat dalam hadis beliau, al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2653]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs