Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يصلي في المكانِ الذي يبولُ فيه الحَسَنُ والحُسَيْنُ، فقالت عائشةُ: يا رسولَ اللهِ ! أَلَا تَنْظُرُ مكانًا من الحجرةِ أَنْظَفَ من هذا؟ قال: يا حُمَيْراءُ! أَمَا عَلِمْتِ أن العبدَ إذا سجد للهِ تعالى طَهَّرَ له موضعَ سجودِهِ إلى سَبْعِ أَرَضِينَ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah S.A.W pernah solat di tempat yang telah dikencingkan oleh al-Hasan dan al-Husein. Lalu ‘A’isyah berkata: Wahai Rasulullah, tidakkah kamu ingin melihat suatu tempat yang lebih bersih berbanding tempat ini ? Baginda berkata : Wahai Humaira’, tidak tahukah kamu bahawa seorang hamba itu apabila dia sujud dengan suatu sujud kerana Allah, Allah akan mensucikan untuknya tempat sujudnya itu sehingga ke lapisan tanah yang ke tujuh.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 269, hadis no. 1403. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu) Daripada ‘Aisyah RA beliau berkata: Rasulullah S.A.W pernah solat di tempat yang telah dikencingkan oleh al-Hasan dan al-Husein. Lalu ‘Aisyah berkata: Wahai Rasulullah, tidakkah kamu ingin melihat suatu tempat yang lebih bersih berbanding tempat ini ? Baginda berkata : Wahai Humaira’, tidak tahukah kamu bahawa seorang hamba itu apabila dia sujud dengan suatu sujud kerana Allah, Allah akan mensucikan untuknya tempat sujudnya itu sehingga ke lapisan tanah yang ke tujuh. [Riwayat Abu Hafs Ibn al-Zayyat dalam hadis beliau, al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2653]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman