Rasulullah S.A.W melewati seorang arab badwi

TEKS BAHASA ARAB

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم مر بأعرابي وهو يدعو في صلاته؛ وهو يقول: يا من لا تراه العيون، ولا تخالطه الظنون، ولا يصفه الواصفون، ولا تغيره الحوادث، ولا يخشى الدوائر! يعلم مثاقيل الجبال، ومكاييل البحار، وعدد قطر الأمطار، وعدد ورق الأشجار، وعدد ما أظلم عليه الليل وأشرق عليه النهار، لا تواري منه سماء سماء، ولا أرض أرضا، ولا بحر ما في قعره، ولا جبل ما في وعره! اجعل خير عمري آخره، وخير عملي خواتمه، وخير أيامي يوم ألقاك فيه. فوكل رسول الله صلى الله عليه وسلم بالأعرابي رجلا فقال: إذا صلى فأتني به. فلما صلى أتاه، وقد كان أهدي لرسول الله صلى الله عليه وسلم ذهب من بعض المعادن، فلما أتاه الأعرابي وهب له الذهب، وقال: ممن أنت يا أعرابي؟!، قال: من بني عامر بن صعصعة يا رسول الله! قال: أتدري لم وهبت لك الذهب؟ قال: للرحم بيننا وبينك يا رسول الله! فقال: إن للرحم حقا، ولكن وهبت لك الذهب؛ لحسن ثنائك على الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bahawa Rasulullah S.A.W melewati seorang arab badwi yang sedang berdoa di dalam solatnya. Dia berkata: Wahai (Tuhan) yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak dicampuri oleh sangkaan, tidak boleh disifatkan, tidak boleh diubah dengan kejadian-kejadian, dan tidak takut kepada putaran yang berlaku! Yang mengetahui beratnya bukit, serta mengetahui keluasan lautan, bilangan titisan hujan, bilangan dedaun pokok, dan bilangan apa yang ada dalam gelap malam serta apa yang ada dalam terang siang. Tidak tersembunyi darinya langit langit, begitu juga bumi bumi, dan tidak juga lautan apa yang terdapat di dalam perutnya, dan tidak juga gunung apa yang terdapat di dalam isinya! Jadikanlah sebaik-baik umurku adalah pada penghujungnya, sebaik-baik amalanku adalah pada penamatnya, sebaik-baik hariku adalah hari yang aku bertemu dengan-Mu padanya. Maka Rasulullah S.A.W mewakilkan seorang lelaki kepada arab badwi tersebut lalu berkata: “Apabila dia selesai mendirikan solat, bawalah dia bertemu denganku”. Sebaik sahaja lelaki itu selesai mendirikan solat, beliau dibawa bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Dan pada ketika itu ada yang telah menghadiahkan kepada Rasulullah S.A.W dengan emas yang berasal dari sebahagian bahan galian. Sebaik sahaja arab badwi itu sampai, baginda memberikan kepadanya emas tersebut. Lalu baginda berkata: “Dari kalangan siapakah kamu wahai arab badwi?!”. Dia menjawab: Dari Bani ‘Amir bin So’so’ah wahai Rasulullah! Lalu baginda berkata: “Tahukah kamu mengapa aku berikan emas tersebut kepada kamu?”. Lelaki itu menjawab: Untuk persaudaraan antara kami dengan kamu wahai Rasulullah! Baginda berkata: “Sesungguhnya untuk persaudaraan itu memang benar. Akan tetapi, aku memberikan emas itu kepada kamu; adalah kerana eloknya pujian kamu terhadap Allah -Azza Wa Jalla-”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 84, hadis nombor 419. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أنس -رضي الله عنه- أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- مر بأعربي وهو يدعو في صلاته؛ وهو يقول: يا من لا تراه العيون، ولا تخالطه الظنون، ولا يصفه الواصفون، ولا تغيرّه الحوادث، ولا يخشى الدوائر! يعلم مثاقيل الجبال، ومكاييل البحار، وعدد قطر الأمطار، وعدد ورق الأشجار، وعدد ما أظلم عليه الليل وأشرق عليه النهار، لا تواري منه سماءٌ سماءً، ولا أرضٌ أرضاً، ولا بحرٌ ما في قعره، ولا جبلٌ ما في وعره! اجعل خير عمري آخره، وخير عملي خواتمه، وخير أيامي يوم ألقاك فيه. فوكّل رسول الله -صلى الله عليه وسلم- بالأعرابي رجلاً فقال: إذا صلى فأتني به. فلما صلى أتاه، وقد كان أهدي لرسول الله -صلى الله عليه وسلم- ذهب من بعض المعادن، فلما أتاه الأعرابي وهب له الذهب، وقال: ممن أنت يا أعرابي؟!، قال: من بني عامر بن صعصعة يا رسول الله! قال: أتدري لم وهبت لك الذهب؟ قال: للرحم بيننا وبينك يا رسول الله! فقال: إنّ للرحم حقاً، ولكن وهبت لك الذهب؛ لحسن ثنائك على الله -عز وجل-.
[طس، ((الضعيفة)) (4613/م)]

(Lemah)
Daripada Anas R.A: Bahawa Rasulullah S.A.W melewati seorang arab badwi yang sedang berdoa di dalam solatnya. Dia berkata: Wahai (Tuhan) yang tidak dapat dilihat oleh mata, tidak dicampuri oleh sangkaan, tidak boleh disifatkan, tidak boleh diubah dengan kejadian-kejadian, dan tidak takut kepada putaran yang berlaku! Yang mengetahui beratnya bukit, serta mengetahui keluasan lautan, bilangan titisan hujan, bilangan dedaun pokok, dan bilangan apa yang ada dalam gelap malam serta apa yang ada dalam terang siang. Tidak tersembunyi darinya langit langit, begitu juga bumi bumi, dan tidak juga lautan apa yang terdapat di dalam perutnya, dan tidak juga gunung apa yang terdapat di dalam isinya! Jadikanlah sebaik-baik umurku adalah pada penghujungnya, sebaik-baik amalanku adalah pada penamatnya, sebaik-baik hariku adalah hari yang aku bertemu dengan-Mu padanya. Maka Rasulullah S.A.W mewakilkan seorang lelaki kepada arab badwi tersebut lalu berkata: “Apabila dia selesai mendirikan solat, bawalah dia bertemu denganku”. Sebaik sahaja lelaki itu selesai mendirikan solat, beliau dibawa bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Dan pada ketika itu ada yang telah menghadiahkan kepada Rasulullah S.A.W dengan emas yang berasal dari sebahagian bahan galian. Sebaik sahaja arab badwi itu sampai, baginda memberikan kepadanya emas tersebut. Lalu baginda berkata: “Dari kalangan siapakah kamu wahai arab badwi?!”. Dia menjawab: Dari Bani ‘Amir bin So’so’ah wahai Rasulullah! Lalu baginda berkata: “Tahukah kamu mengapa aku berikan emas tersebut kepada kamu?”. Lelaki itu menjawab: Untuk persaudaraan antara kami dengan kamu wahai Rasulullah! Baginda berkata: “Sesungguhnya untuk persaudaraan itu memang benar. Akan tetapi, aku memberikan emas itu kepada kamu; adalah kerana eloknya pujian kamu terhadap Allah -Azza Wa Jalla-”.
[Riwayat Al-Tabarani dalam Al-Mu’jam al-Awsath. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4613]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.