Rasulullah S.A.W. kadangkala meletakkan tangannya pada janggutnya semasa solat

TEKS BAHASA ARAB

كان ربما يضع يده على لحيته في الصلاة من غير عبث.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah S.A.W. kadangkala meletakkan tangannya pada janggutnya semasa solat, namun bukanlah bermain-main (leka) dengan (perbuatan tersebut).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 292, hadis nombor 1536. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنها- مرفوعا: «كان ربما يضع يده على لحيته في الصلاة من غير عبث».
[البزار، هق، عد، «الضعيفة» (4237)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah S.A.W. kadangkala meletakkan tangannya pada janggutnya semasa solat, namun bukanlah bermain-main (leka) dengan (perbuatan tersebut).
[Riwayat al-Bazzar, Sunan al-Kubra oleh al-Baihaqi, al-Kamil fi al-Dhu’afa’ oleh Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4237]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs