Rasulullah S.A.W. datang kepada kami dalam keadaan kami sedang berbaring di dalam masjid baginda

TEKS BAHASA ARAB

قوموا، لا ترقدوا في المسجد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Bangunlah kamu semua dan jangan kamu tidur di dalam masjid.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 290, hadis nombor 1525. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبدالله -رضي الله عنها -، قال: أتانا رسول الله ﷺ ونحن مضطجعون في مسجده، فضربنا بعسيب كان في يده، وقال: «قوموا، لا ترقدوا في المسجد».
[عب، «الضعيفة» (4077)]

(Palsu) Daripada Jabir bin Abdillah RA beliau berkata: Rasulullah S.A.W. datang kepada kami dalam keadaan kami sedang berbaring di dalam masjid baginda (Masjid Nabawi). Kemudian baginda memukul kami dengan pelepah tamar yang terdapat di tangannya lalu berkata: Bangunlah kamu semua dan jangan kamu tidur di dalam masjid.
[Riwayat Musannaf Abd al-Razzaq. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4077]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs