Rasulullah S.A.W. ini tidak ada golongan yang berzikir melainkan baginda pasti akan bersama dengan mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان لا يكون ذاكرون إلا كان معهم، ولا مصلون إلا كان أكثرهم صلاة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah S.A.W. ini tidak ada golongan yang berzikir melainkan baginda pasti akan bersama dengan mereka. Begitu juga tidak ada golongan yang sedang solat melainkan pastilah baginda yang paling banyak mendirikan solat dalam kalangan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 292, hadis nombor 1537. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن مسعود -رضي الله عنه – مرقوعا: «كان لا يكون ذاكرون إلا كان معهم، ولا مصلون إلا كان أكثرهم صلاة».
[حل، خط، «الضعيفة» (4251)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rasulullah S.A.W. ini tidak ada golongan yang berzikir melainkan baginda pasti akan bersama dengan mereka. Begitu juga tidak ada golongan yang sedang solat melainkan pastilah baginda yang paling banyak mendirikan solat dalam kalangan mereka.
[Riwayat al-Hilyah oleh Abi Nu’aim, Tarikh Baghdad oleh al-Khatib al-Baghdadi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4251]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.