Rasulullah pernah berkhutbah kepada kami; aku mendengar baginda bersabda

TEKS BAHASA ARAB

أيها الناس! من أبغضنا = أهل البيت – و حره الله يوم القيامة يهوديا، وإن صام وصلى وزعم أنه مسلم – احتجر بذلك من سفك دمه، وأن يؤدي الجزية عن يد وهم صاغرون -. مثل لي أمتي في الطين، فمر بي أصحاب الرايات فاستغفرت لعلي وشيعته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah pernah berkhutbah kepada kami; aku mendengar baginda bersabda: "Wahai manusia! Sesiapa yang membenci kami (ahli bait), Allah akan menghimpunkannya pada kiamat kelak sebagai seorang Yahudi; walaupun dia berpuasa, menunaikan solat dan mendakwa dirinya Muslim (pertumpahan darahnya terhalang disebabkan itu, juga kerana dia menunaikan jizyah dengan patuh serta mereka dalam kalangan golongan hamba). Telah digambarkan umatku buatku dalam bentuk tanah, tatkala pemilik panji-panji melintasinya,…maka aku pun memohon keampunan buat ‘Ali dan penyokongnya."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1866 – 1867, hadis nombor 9413. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر بن عبدالله الأنصاري -رضي الله عنهما -، قال: خطبنا رسول الله؛ فسمعته وهو يقول: «أيها الناس! من أبغضنا = أهل البيت -، حشره الله يوم القيامة يهوديا، وإن صام وصلى وزعم أنه مسلم – احتجر بذلك من سفك دمه، وأن يؤدي الجزية عن يد وهم صاغرون -. مثل لي أمتي في الطين، فمر بي أصحاب الرايات فاستغفرت لعلي وشيعته)). [طس، ((الضعيفة)) (٤٩١٩، ٦٨٦٣)]

(Palsu) Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansari RA, dia berkata: Rasulullah pernah berkhutbah kepada kami; aku mendengar baginda bersabda: "Wahai manusia! Sesiapa yang membenci kami (ahli bait), Allah akan menghimpunkannya pada kiamat kelak sebagai seorang Yahudi; walaupun dia berpuasa, menunaikan solat dan mendakwa dirinya Muslim (pertumpahan darahnya terhalang disebabkan itu, juga kerana dia menunaikan jizyah dengan patuh serta mereka dalam kalangan golongan hamba). Telah digambarkan umatku buatku dalam bentuk tanah, tatkala pemilik panji-panji melintasinya,…maka aku pun memohon keampunan buat ‘Ali dan penyokongnya." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4919 dan 6863]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.