Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أيها الناسُ ! من أبغضَنا - أهلَ البيتِ - ؛ حشره اللهُ يومَ القيامةِ يهوديًّا، وإن صام وصلى وزعم أنه مسلمٌ - احتجر بذلك من سفكِ دمهِ، وأن يؤدي الجزيةَ عن يدٍ وهم صاغرون - . مُثِّل لي أمتي في الطين، فمرَّ بي أصحابُ الراياتِ، فاستغفرتُ لعليٍّ وشيعتِهز
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah pernah berkhutbah kepada kami; aku mendengar baginda bersabda: "Wahai manusia! Sesiapa yang membenci kami (ahli bait), Allah akan menghimpunkannya pada kiamat kelak sebagai seorang Yahudi; walaupun dia berpuasa, menunaikan solat dan mendakwa dirinya Muslim (pertumpahan darahnya terhalang disebabkan itu, juga kerana dia menunaikan jizyah dengan patuh serta mereka dalam kalangan golongan hamba). Telah digambarkan umatku buatku dalam bentuk tanah, tatkala pemilik panji-panji melintasinya,...maka aku pun memohon keampunan buat 'Ali dan penyokongnya."
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1866-1867, hadis no. 9413. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن جابر بن عبدالله الأنصاري -رضي الله عنهما -، قال: خطبنا رسول الله؛ فسمعته وهو يقول: «أيها الناس! من أبغضنا = أهل البيت -، حشره الله يوم القيامة يهوديا، وإن صام وصلى وزعم أنه مسلم - احتجر بذلك من سفك دمه، وأن يؤدي الجزية عن يد وهم صاغرون -. مثل لي أمتي في الطين، فمر بي أصحاب الرايات فاستغفرت لعلي وشيعته)). [طس، ((الضعيفة)) (٤٩١٩، ٦٨٦٣)]
(Palsu) Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansari RA, dia berkata: Rasulullah pernah berkhutbah kepada kami; aku mendengar baginda bersabda: "Wahai manusia! Sesiapa yang membenci kami (ahli bait), Allah akan menghimpunkannya pada kiamat kelak sebagai seorang Yahudi; walaupun dia berpuasa, menunaikan solat dan mendakwa dirinya Muslim (pertumpahan darahnya terhalang disebabkan itu, juga kerana dia menunaikan jizyah dengan patuh serta mereka dalam kalangan golongan hamba). Telah digambarkan umatku buatku dalam bentuk tanah, tatkala pemilik panji-panji melintasinya,...maka aku pun memohon keampunan buat 'Ali dan penyokongnya." [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4919 dan 6863]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman