Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Rasulullah memanggilku lalu bersabda

Teks Bahasa Arab

يا عليُّ ! إنَّ فيك من عيسى - عليه الصلاةُ والسلامُ - مثلًا ؛ أبغضتْه اليهودُ حتى بهتوا أمَّه، وأحبَّتهُ النصارى حتى أنزلوه بالمنزلةِ التي ليس بها.

Teks Bahasa Melayu

Rasulullah memanggilku lalu bersabda: Wahai Ali! Sesungguhnya pada dirimu ada persamaan seperti Nabi Isa AS: Nabi Isa AS paling dibenci oleh bangsa Yahudi sehingga mereka memfitnah ibunya dan dia paling dikasihi oleh bangsa Nasrani sehingga mereka meletakkannya pada kedudukan yang tidak sepatutnya.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1886, hadis no. 9499. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي - رضي الله عنه -، قال: دعاني رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فقال: ((يا علي! إن فيك من عيسى - عليه الصلاة والسلام - مثلا: أبغضته اليهود حتى بهتوا أمه، وأحبته النصارى حتى أنزلوه بالمنزلة التي ليس بها)). [تخ، ن في ((الخصائص))، عم، ابن أبي عاصم، ك، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4842، 4904، 5626)]

(Palsu) Daripada Ali RA, beliau berkata: Rasulullah memanggilku lalu bersabda: Wahai Ali! Sesungguhnya pada dirimu ada persamaan seperti Nabi Isa AS: Nabi Isa AS paling dibenci oleh bangsa Yahudi sehingga mereka memfitnah ibunya dan dia paling dikasihi oleh bangsa Nasrani sehingga mereka meletakkannya pada kedudukan yang tidak sepatutnya. [Riwayat al-Bukhari dalam Tarikh al-Kabir, al-Nasa’i dalam al-Kha'sais, ‘Abd Allah bin Aḥmad dalam Zawa’id al-Musnad, Ibn Abi ‘Asim, al-Ḥakim dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4842, 4904, 5626]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.