Classification icon

Lemah

30/06/2024

minit bacaan


Kongsi di Twitter
Kongsi di Facebook
Kongsi di WhatsApp
Kongsi di Telegram
Salin pautan
Hasilkan poster hadis

Rasulullah ﷺ melarang daripada membunuh katak

Teks Bahasa Arab

نهى عن قتلِ الضفدعِ ؛ وقال : نقيقُها تسبيحٌ.

Teks Bahasa Melayu

(Rasulullah ﷺ) melarang daripada membunuh katak, dan Baginda ﷺ telah bersabda: Suaranya ialah tasbih.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 413, hadis no. 2225. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنه- مرفوعاً: «نهى عن قتل الضفدع؛ وقال: نقيقها تسبيح». [طس، ابن شاذان في «مشيخته الصغرى»، أبو الشيخ في «العظمة»، عد، ابن عساكر، «الضعيفة» (4788)]

(Lemah) Daripada ‘Abdullah ibn ‘Amr RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): (Rasulullah ﷺ) melarang daripada membunuh katak, dan Baginda ﷺ telah bersabda: “Suaranya ialah tasbih. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, Ibn Shādhān dalam Mashīkhatih al-Ṣughrā, Abū al-Shaykh dalam al-‘Aẓmah, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Damshiq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4788).

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.