Rasulullah keluar bertemu kami pada satu hari pada waktu siang selepas matahari terbit

TEKS BAHASA ARAB

خرج علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات غداة بعد طلوع الشمس، فقال: رأيت قبيل الفجر كأني أعطيت المقاليد والموازين، فأما المقاليد: فهذه المفاتيح، وأما الموازين: فهذه التي تزنون بها، فوضعت في كفة، ووضعت أمتي في كفة، فوزنت بهم، فرجحت، ثم جيء بأبي بكر، فوزن بهم فوزن، ثم جيء بعمر، فوزن فوزن، ثم جيء بعثمان، فوزن بهم، ثم رفعت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah keluar bertemu kami pada satu hari pada waktu siang selepas matahari terbit. Baginda bersabda: Sebelum subuh aku melihat seakan-akan aku diberikan rantai dan timbangan. Adapun rantai ia adalah kunci-kunci. Manakala timbangan ia adalah barang yang digunakan untuk menimbang. Lalu aku diletakkan di bahagian penimbang dan umatku pula diletakkan di bahagian penimbang yang lain. Lantas aku ditimbang dan ternyata aku lebih berat. Kemudian, didatangkan pula Abu Bakar dan ditimbang bersama dengan mereka. Ternyata Abu Bakar lebih berat. Kemudian didatangkan pula Umar dan ditimbang. Ternyata Umar lebih berat. Kemudian didatangkan Uthman dan ditimbang bersama mereka. Lantas ia diangkat.

STATUS

Lemah dengan lafaz ini

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1931, hadis nombor 9685. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا السياق) عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ غَدَاةٍ بَعْدَ طُلُوعِ الشَّمْسِ فَقَالَ: رَأَيْتُ قُبَيْلَ الْفَجْرِ كَأَنِّي أُعْطِيتُ الْمَقَالِيدَ وَالْمَوَازِينَ، فَأَمَّا الْمَقَالِيدُ فَهَذِهِ الْمَفَاتِيحُ، وَأَمَّا الْمَوَازِينُ فَهِيَ الَّتِي تَزِنُونَ بِهَا، فَوُضِعْتُ فِي كِفَّةٍ، وَوُضِعَتْ أُمَّتِي فِي كِفَّةٍ، فَوُزِنْتُ بِهِمْ فَرَجَحْتُ، ثُمَّ جِيءَ بِأَبِي بَكْرٍ فَوُزِنَ بِهِمْ، فَوَزَنَ، ثُمَّ جِيءَ بِعُمَرَ فَوُزِنَ، فَوَزَنَ، ثُمَّ جِيءَ بِعُثْمَانَ فَوُزِنَ بِهِمْ، ثُمَّ رُفِعَتْ. [ش، حم، ابن أبي عاصم، طب، ((الضعيفة)) (6486)]

(Lemah dengan lafaz ini) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Rasulullah keluar bertemu kami pada satu hari pada waktu siang selepas matahari terbit. Baginda bersabda: Sebelum subuh aku melihat seakan-akan aku diberikan rantai dan timbangan. Adapun rantai ia adalah kunci-kunci. Manakala timbangan ia adalah barang yang digunakan untuk menimbang. Lalu aku diletakkan di bahagian penimbang dan umatku pula diletakkan di bahagian penimbang yang lain. Lantas aku ditimbang dan ternyata aku lebih berat. Kemudian, didatangkan pula Abu Bakar dan ditimbang bersama dengan mereka. Ternyata Abu Bakar lebih berat. Kemudian didatangkan pula Umar dan ditimbang. Ternyata Umar lebih berat. Kemudian didatangkan Uthman dan ditimbang bersama mereka. Lantas ia diangkat. [Riwayat Ibnu Abu Syaibah, Ahmad, Ibnu Abu Asim dan al-Tabarani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6486]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs