Lemah Dengan Frasa Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
خرَجَ علينا رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ذاتَ غَداةٍ بعْدَ طُلوعِ الشَّمسِ، فقال: رأيْتُ قُبَيْلَ الفَجرِ كأنِّي أُعطِيتُ المَقاليدَ والمَوازينَ، فأمَّا المَقاليدُ: فهذِه المَفاتيحُ، وأمَّا المَوازينُ: فهذِه الَّتي تَزِنونَ بها، فوُضِعْتُ في كِفَّةٍ، ووُضِعَتْ أُمَّتي في كِفَّةٍ، فوُزِنْتُ بهِم، فرَجَحْتُ، ثمَّ جِيءَ بأبي بكرٍ، فوُزِنَ بهم فوَزَنَ، ثمَّ جِيءَ بعُمرَ، فوُزِنَ فوَزَنَ، ثمَّ جِيءَ بعُثمانَ، فوَزَنَ بهم، ثمَّ رُفِعَتْ.
Teks Bahasa Melayu
Rasulullah keluar bertemu kami pada satu hari pada waktu siang selepas matahari terbit. Baginda bersabda: Sebelum subuh aku melihat seakan-akan aku diberikan rantai dan timbangan. Adapun rantai ia adalah kunci-kunci. Manakala timbangan ia adalah barang yang digunakan untuk menimbang. Lalu aku diletakkan di bahagian penimbang dan umatku pula diletakkan di bahagian penimbang yang lain. Lantas aku ditimbang dan ternyata aku lebih berat. Kemudian, didatangkan pula Abu Bakar dan ditimbang bersama dengan mereka. Ternyata Abu Bakar lebih berat. Kemudian didatangkan pula Umar dan ditimbang. Ternyata Umar lebih berat. Kemudian didatangkan Uthman dan ditimbang bersama mereka. Lantas ia diangkat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah Dengan Frasa Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1931, hadis no. 9685. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف بهذا السياق) عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ غَدَاةٍ بَعْدَ طُلُوعِ الشَّمْسِ فَقَالَ: رَأَيْتُ قُبَيْلَ الْفَجْرِ كَأَنِّي أُعْطِيتُ الْمَقَالِيدَ وَالْمَوَازِينَ، فَأَمَّا الْمَقَالِيدُ فَهَذِهِ الْمَفَاتِيحُ، وَأَمَّا الْمَوَازِينُ فَهِيَ الَّتِي تَزِنُونَ بِهَا، فَوُضِعْتُ فِي كِفَّةٍ، وَوُضِعَتْ أُمَّتِي فِي كِفَّةٍ، فَوُزِنْتُ بِهِمْ فَرَجَحْتُ، ثُمَّ جِيءَ بِأَبِي بَكْرٍ فَوُزِنَ بِهِمْ، فَوَزَنَ، ثُمَّ جِيءَ بِعُمَرَ فَوُزِنَ، فَوَزَنَ، ثُمَّ جِيءَ بِعُثْمَانَ فَوُزِنَ بِهِمْ، ثُمَّ رُفِعَتْ. [ش، حم، ابن أبي عاصم، طب، ((الضعيفة)) (6486)]
(Lemah Dengan Frasa Ini) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Rasulullah keluar bertemu kami pada satu hari pada waktu siang selepas matahari terbit. Baginda bersabda: Sebelum subuh aku melihat seakan-akan aku diberikan rantai dan timbangan. Adapun rantai ia adalah kunci-kunci. Manakala timbangan ia adalah barang yang digunakan untuk menimbang. Lalu aku diletakkan di bahagian penimbang dan umatku pula diletakkan di bahagian penimbang yang lain. Lantas aku ditimbang dan ternyata aku lebih berat. Kemudian, didatangkan pula Abu Bakar dan ditimbang bersama dengan mereka. Ternyata Abu Bakar lebih berat. Kemudian didatangkan pula Umar dan ditimbang. Ternyata Umar lebih berat. Kemudian didatangkan Uthman dan ditimbang bersama mereka. Lantas ia diangkat. [Riwayat Ibn Abu Syaibah, Ahmad, Ibn Abu Asim dan al-Tabarani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6486]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman