Rasulullah bertemu dengan Jin

TEKS BAHASA ARAB

عن عامر، قال: سألت علقمة: هل كان ابن مسعود شهد مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ليلة الجن؟ قال فقال علقمة: أنا سألت ابن مسعود فقلت: هل شهد أحد منكم مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ليلة الجن؟ قال: لا، ولكنا كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات ليلة ففقدناه، فالتمسناه في الأودية والشعاب، فقلنا: استطير أواغتيل، قال: فبتنا بشر ليلة بات بها قوم، فلما أصبحنا إذا هو جاء من قبل (حراء) ، قال: فقلنا: يا رسول الله فقدناك فطلبناك فلم نجدك، فبتنا بشر ليلة بات بها قوم، فقال: أتاني داعي الجن فذهبت معه، فقرأت عليهم القرآن، قال: فانطلق بنا فأرانا آثارهم وآثار نيرانهم. وسألوه الزاد، فقال: “لكم (يعني الجن) كل عظم ذكر اسم الله عليه يقع في أيديكم أوفر ما يكون لحما، وكل بعرة علف لدوابكم”، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “فلا تستنجوا بهما، فإنهما طعام إخوانكم من الجن.”

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dari ‘Amir, beliau berkata, Saya bertanya kepada Alqamah, Apakah dahulu Ibnu Mas’ud menyaksikan malam jin bersama-sama dengan Rasulullah ﷺ ? Perawi berkata: Lalu Alqamah berkata: Aku pernah bertanya kepada Ibnu Mas’ud, aku berkata: Apakah salah seorang dari kalian hadir bersama Rasulullah ﷺ pada malam jin? Dia menjawab: Tidak, akan tetapi pernah pada suatu malam, kami bersama Rasulullah, tiba-tiba kami kehilangan baginda sehingga kami mencarinya di lembah dan di lereng-lereng gunung. Maka kami berkata: Mungkin baginda diculik (oleh jin) atau dibunuh secara sembunyi. Maka kami bermalam dengan malam yang paling sukar yang pernah kami lalui. Apabila kami bangun pada keesekon harinya, tiba-tiba baginda datang dari arah Gua Hira’. Perawi berkata: Kami berkata: Wahai Rasulullah, kami telah kehilanganmu, lalu kami mencarimu, namun kami tidak menjumpai engkau sehingga kami terpaksa melalui malam yang getir yang pernah kami lalui. Baginda menjawab: Seorang dai dari kalangan jin mendatangiku, maka aku pergi (menemui kaumnya) bersamanya, lalu aku bacakan al-Qur’an di hadapan mereka. Perawi berkata: Kemudian baginda bergerak pergi bersama kami untuk menunjukkan jejak-jejak mereka dan jejak perapian mereka. Mereka (jin) ada bertanya kepadanya (Nabi) tentang rezeki mereka dan baginda menjawab: Setiap tulang yang disebut nama Allah padanya adalah rezeki kamu. Apabila ia jatuh di tangan kamu, ia akan ditutupi dengan daging, dan tahi (unta) itu adalah makanan ternakan kamu. Rasulullah ﷺ bersabda (kepada kami): Janganlah kamu beristinja dengan ini (benda-benda) kerana ini adalah makanan saudara kamu (jin).

STATUS

Mudhtarib

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1666, hadis nombor 8412. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(مضطرب) عن عامر، قال: سألت علقمة: هل كان ابن مسعود شهد مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ليلة الجن؟ قال فقال علقمة: أنا سألت ابن مسعود فقلت: هل شهد أحد منكم مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ليلة الجن؟ قال: لا، ولكنا كنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات ليلة ففقدناه، فالتمسناه في الأودية والشعاب، فقلنا: استطير أواغتيل، قال: فبتنا بشر ليلة بات بها قوم، فلما أصبحنا إذا هو جاء من قبل (حراء) ، قال: فقلنا: يا رسول الله فقدناك فطلبناك فلم نجدك، فبتنا بشر ليلة بات بها قوم، فقال: أتاني داعي الجن فذهبت معه، فقرأت عليهم القرآن، قال: فانطلق بنا فأرانا آثارهم وآثار نيرانهم. وسألوه الزاد، فقال: “لكم (يعني الجن) كل عظم ذكر اسم الله عليه يقع في أيديكم أوفر ما يكون لحما، وكل بعرة علف لدوابكم”، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “فلا تستنجوا بهما، فإنهما طعام إخوانكم من الجن.” [م، ابن خريمة، هق.  ((الضعيفة)) (1038)]

(Mudhtharib)
Dari ‘Amir, beliau berkata, Saya bertanya kepada ‘Alqamah, Apakah dahulu Ibnu Mas’ud menyaksikan malam jin bersama-sama dengan Rasulullah ﷺ ? Perawi berkata: Lalu ‘Alqamah berkata: Aku pernah bertanya kepada Ibnu Mas’ud, aku berkata: Apakah salah seorang dari kalian hadir bersama Rasulullah ﷺ pada malam jin? Dia menjawab: Tidak, akan tetapi pernah pada suatu malam, kami bersama Rasulullah, tiba-tiba kami kehilangan baginda sehingga kami mencarinya di lembah dan di lereng-lereng gunung. Maka kami berkata: Mungkin baginda diculik (oleh jin) atau dibunuh secara sembunyi. Maka kami bermalam dengan malam yang paling getir yang pernah kami lalui. Apabila kami bangun pada keesekon harinya, tiba-tiba baginda datang dari arah Gua Hira’. Perawi berkata: Kami berkata: Wahai Rasulullah, kami telah kehilanganmu, lalu kami mencarimu, namun kami tidak menjumpaimu sehingga kami terpaksa melalui malam yang paling getir yang pernah kami lalui (dalam hidup kami). Baginda menjawab: Seorang dai dari kalangan jin mendatangiku, maka aku pergi (menemui kaumnya) bersamanya, lalu aku bacakan al-Qur’an di hadapan mereka. Perawi berkata: Kemudian baginda bergerak pergi bersama kami untuk menunjukkan jejak-jejak mereka dan jejak perapian mereka. Mereka (jin) ada bertanya kepadanya (Nabi) tentang rezeki mereka dan baginda menjawab: Setiap tulang yang disebut nama Allah padanya adalah rezeki kamu. Apabila ia jatuh di tangan kamu, ia akan ditutupi dengan daging, dan tahi (unta) itu adalah makanan ternakan kamu. Rasulullah ﷺ bersabda (kepada kami): Janganlah kamu beristinja dengan ini (benda-benda) kerana ini adalah makanan saudara kamu (jin).
[Riwayat Muslim, Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 1038].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs