Rasulullah apabila melihat bulan sabit, Baginda bersabda: Semoga bulan sabit yang membawa kebaikan dan petunjuk

TEKS BAHASA ARAB

كان إذا رأى الهلال قال: هلال خير ورشد، ثم قال: اللهم! إني أسالك من خير هذا الشهر وخير القدر، وأعوذ بك من شره – ثلاث مرات -.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah apabila melihat bulan sabit, Baginda bersabda: Semoga bulan sabit yang membawa kebaikan dan petunjuk. Kemudian Baginda berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu kebaikan bulan ini dan kebaikan ketentuan (takdir) serta aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya, sebanyak tiga kali.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1468, hadis nombor 7475. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد) عن رافع بن خديج – رضي الله عنه -، قال: كان إذا رأى الهلال، قال: ((هلال خير ورشد، ثم قال: اللهم! إني أسألك من خير هذا الشهر وخير القدر، وأعوذ بك من شره – ثلاث مرات -)). [ طب، ((الضعيفة)) (3507)]

(Lemah Sanad)
Daripada Rafi’ bin Khudaij RA, berkata: Rasulullah apabila melihat bulan sabit, Baginda bersabda: Semoga bulan sabit yang membawa kebaikan dan petunjuk. Kemudian Baginda berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku meminta kepada-Mu kebaikan bulan ini dan kebaikan ketentuan (takdir) serta aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya, sebanyak tiga kali.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3507]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs