Rasulullah ﷺ tetap terus membaca doa qunut dalam solat subuh sehingga baginda meninggal dunia

TEKS BAHASA ARAB

ما زال رسول الله ﷺ يقنت في صلاة الغداة حتى فارق الدنيا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah ﷺ tetap terus membaca doa qunut dalam solat subuh sehingga baginda meninggal dunia.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 361, hadis nombor 1923. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن الربيع بن أنس، قال: كنت جالسا عند أنس بن مالك – رضي الله عنه -، فقيل له: إنما قنت رسول الله شهرا، فقال: «ما زال رسول الله ﷺ يقنت في صلاة الغداة حتى فارق الدنيا». [البزار، عد، هق، «الضعيفة» (1238)].

(Munkar) Daripada al-Rabi’ bin Anas RA, beliau berkata: Aku pernah duduk di sisi Anas bin Malik RA, lalu disebutkan kepadanya: "Rasulullah hanya membaca doa qunut selama sebulan". Maka beliau membalas: "Rasulullah ﷺ tetap terus membaca doa qunut dalam solat subuh sehingga baginda meninggal dunia". [Diriwayatkan oleh al-Bazzar dalam Musnadnya, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil dan al-Bayhaqi dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1238].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs