Rasulullah ﷺ pernah membahagikan harta rampasan perang Khaibar, ketika itu Jibril AS berada di sampingnya. Lalu datanglah satu malaikat lantas berkata: Sesungguhnya Tuhanmu menyuruh kamu berbuat begini dan begini

TEKS BAHASA ARAB

كان رسول الله ﷺ يقسم ‌غنائم ‌خيبر، وجبريل عليه السلام إلى جنبه، فجاء ملك فقال: إن ربك عز وجل يأمرك بكذا وكذا، فخشي النبي ﷺ أن يكون شيطانا، فقال لجبريل عليه السلام: تعرفه؟ فقال: هو ملك، وما كل ملائكة ربك أعرف.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah ﷺ pernah membahagikan harta rampasan perang Khaibar, ketika itu Jibril AS berada di sampingnya. Lalu datanglah satu malaikat lantas berkata: "Sesungguhnya Tuhanmu menyuruh kamu berbuat begini dan begini". Namun Nabi ﷺ bimbang bahawa itu adalah syaitan, maka baginda pun bertanya kepada Jibril AS: "Adakah kamu mengenalinya?". Beliau menjawab: "Dia adalah malaikat, namun bukanlah semua malaikat Tuhanmu itu aku kenali".

STATUS

Sangat munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 577, hadis nombor 2972. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: «كان رسول الله ﷺ يقسم ‌غنائم ‌خيبر، وجبريل عليه السلام إلى جنبه، فجاء ملك فقال: إن ربك عز وجل يأمرك بكذا وكذا، فخشي النبي ﷺ أن يكون شيطانا، فقال لجبريل عليه السلام: تعرفه؟ فقال: هو ملك، وما كل ملائكة ربك أعرف». [عد، ابن الجوزي في «العلل»، «الضعيفة» (6595)].

(Sangat Munkar) Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ pernah membahagikan harta rampasan perang Khaibar, ketika itu Jibril AS berada di sampingnya. Lalu datanglah satu malaikat lantas berkata: "Sesungguhnya Tuhanmu menyuruh kamu berbuat begini dan begini". Namun Nabi ﷺ bimbang bahawa itu adalah syaitan, maka baginda pun bertanya kepada Jibril AS: "Adakah kamu mengenalinya?". Beliau menjawab: "Dia adalah malaikat, namun bukanlah semua malaikat Tuhanmu itu aku kenali". [Riwayat al-Bayhaqi dalam al-Du’afa’ al-Kabir dan Ibn al-Jawzi dalam al-Maudu’at. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6595].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs