Rasulullah ﷺ menunaikan solat asar, kemudian baginda masuk ke dalam rumahku lalu baginda solat dua rakaat

TEKS BAHASA ARAB

صلى رسول الله ﷺ العصر، ثم دخل بيتي فصلى ركعتين، فقلت: يا رسول الله صليت صلاة لم تكن تصليهما؟ قال: «قدم علي مال فشغلني عن الركعتين كنت أركعهما بعد الظهر، فصليتهما الآن. فقلت: يا رسول الله أفنقضيهما إذا فاتنا؟ قال: لا».

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah ﷺ menunaikan solat asar, kemudian baginda masuk ke dalam rumahku lalu baginda solat dua rakaat. Lantas aku bertanya: "Wahai Rasulullah, kamu telah menunaikan satu solat yang belum pernah kamu lakukan sebelum ini?". Lalu baginda menjawab: "Sejumlah harta telah dibawakan kepadaku lalu aku disibukkan dengannya dari menunaikan solat dua rakaat yang biasa aku laksanakan selepas zuhur, maka aku tunaikannya sekarang". Lalu aku bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah kami perlu menggantikan solat itu sekiranya kita terlepas?" Baginda menjawab: "Tidak".

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 357, hadis nombor 1900. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أم سلمة – رضي الله عنها -، قالت: صلى رسول الله ﷺ العصر، ثم دخل بيتي فصلى ركعتين، فقلت: يا رسول الله صليت صلاة لم تكن تصليهما؟ قال: «قدمَ عليَّ مالٌ فشَغلَني عن الرَكعتينِ كنتُ أرْكعُهما بعدَ الظُّهرِ، فصلَّيتُهما الآنَ. فقلتُ: يا رسولَ اللَّهِ أفنَقضيهما إذا فاتَنا؟ قالَ: لا». [حم، حب، الطحاوي، «الضعيفة» (946)].

(Munkar) Daripada Ummu Salamah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ menunaikan solat asar, kemudian baginda masuk ke dalam rumahku lalu baginda solat dua rakaat. Lantas aku bertanya: "Wahai Rasulullah, kamu telah menunaikan satu solat yang belum pernah kamu lakukan sebelum ini?". Lalu baginda menjawab: "Sejumlah harta telah dibawakan kepadaku lalu aku disibukkan dengannya dari menunaikan solat dua rakaat yang biasa aku laksanakan selepas zuhur, maka aku tunaikannya sekarang". Lalu aku bertanya: "Wahai Rasulullah, adakah kami perlu menggantikan solat itu sekiranya kita terlepas?" Baginda menjawab: "Tidak". [Diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, Ibn Hibban dalam Sahihnya dan al-Tahawi. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 946].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs