Rasulullah ﷺ membaca ayat: Adapun orang-orang yang celaka, maka di dalam nerakalah tempatnya

TEKS BAHASA ARAB

قرأ رسول الله ﷺ: {فأما الذين شقوا ففي النار لهم فيها زفير وشهيق. خالدين فيها ما دامت السماوات والأرض إلا ما شاء ربك}؛ قال رسول الله ﷺ: إن شاء الله أن يخرج أناسا من الذين شقوا من النار، فيدخلهم الجنة؛ فعل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah ﷺ membaca ayat: {Adapun orang-orang yang celaka, maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka disitu, hanyalah suara yang memekik-mekik dan mendayu-dayu. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu}. Rasulullah ﷺ bersabda: "Sekiranya Allah berkehendak untuk mengeluarkan sekumpulan manusia yang celaka daripada api neraka lalu memasukkan mereka ke dalam syurga, nescaya Dia akan melakukannya".

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 501, hadis nombor 2681. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن جابر – رضي الله عنه -، قال: «قرأ رسول الله ﷺ: {فأما الذين شقوا ففي النار لهم فيها زفير وشهيق. خالدين فيها ما دامت السماوات والأرض إلا ما شاء ربك}؛ قال رسول الله ﷺ: إن شاء الله أن يخرج أناسا من الذين شقوا من النار، فيدخلهم الجنة؛ فعل». [ابن مردويه، «الضعيفة» (5380)].

(Palsu) Dari Jabir RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ membaca ayat: {Adapun orang-orang yang celaka, maka di dalam nerakalah tempatnya. Bagi mereka disitu, hanyalah suara yang memekik-mekik dan mendayu-dayu. Mereka kekal di dalamnya selagi ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu}. Rasulullah ﷺ bersabda: "Sekiranya Allah berkehendak untuk mengeluarkan sekumpulan manusia yang celaka daripada api neraka lalu memasukkan mereka ke dalam syurga, nescaya Dia akan melakukannya". [Ibn Mardawayh dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5380].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs