Rasulullah ﷺ pernah berdoa dengan ucapan ini

TEKS BAHASA ARAB

كان يدعو بهؤلاء الكلمات: اللهم! – أحسبه، قال: – أسألك إيمانا يباشر قلبي؛ حتى أعلم أن لا يصيبني إلا ما كتبت لي، ورضي من المعيشة بما قسمت لي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah ﷺ pernah berdoa dengan ucapan ini: "Ya Allah! – aku mengira baginda menyebut: – Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu iman yang langsung ke jantung hatiku, sehingga aku tahu bahawa tidak akan menimpaku melainkan apa yang Engkau telah tuliskan buatku. Juga keredaan akan hidup dengan apa yang Engkau bahagikan buatku".

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 564, hadis nombor 2927. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – قال: «كان رسول الله ﷺ يدعو بهؤلاء الكلمات: اللَّهُمَّ! – أحسبُه، قال: – أَسْأَلُكَ إِيمَانًا ‌يُبَاشِرُ قَلْبِي؛ حَتَّى أَعْلَمَ أَن لا يُصِيبَنِي إِلَّا مَا كَتَبْتَ لِي، ورضَاً من المعيشةِ بما قَسمتَ لي». [البزار، ((الضعيفة)) (7049)].

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ pernah berdoa dengan ucapan ini: "Ya Allah! – aku mengira baginda menyebut: – Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu iman yang langsung ke jantung hatiku, sehingga aku tahu bahawa tidak akan menimpaku melainkan apa yang Engkau telah tuliskan buatku. Juga keredaan akan hidup dengan apa yang Engkau bahagikan buatku". [Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 7049].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.