Rasulullah ﷺ menjamakkan antara zuhur dan asar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

جمع رسول الله ﷺ بين الأولى والعصر، وبين المغرب والعشاء، فقيل له في ذلك فقال: صنعت هذا لكي لا تحرج أمتي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rasulullah ﷺ menjamakkan antara zuhur dan asar serta antara maghrib dan isyak. Lalu ditanyakan kepada baginda tentang perkara tersebut, lalu baginda bersabda: "Aku lakukan perkara ini supaya tidak menyusahkan umatku".

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 359, hadis nombor 1913. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: جمع رسول الله ﷺ بين الأولى والعصر، وبين المغرب والعشاء، فقيل له في ذلك فقال: «صنعت هذا لكي لا تحرج أمتي». [طس، «الضعيفة» (1212)].

(Lemah) Daripada Abdullah bin Mas‘ud RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ menjamakkan antara zuhur dan asar serta antara maghrib dan isyak. Lalu ditanyakan kepada baginda tentang perkara tersebut, lalu baginda bersabda: "Aku lakukan perkara ini supaya tidak menyusahkan umatku". [Diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1212].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.