TEKS BAHASA ARAB
سمع رسول الله ﷺ صوتا هاله، فأتاه جبريل عليه السلام، فقال رسول الله ﷺ: ما هذا الصوت يا جبريل؟ فقال: هذه صخرة هوت من شفير جهنم من سبعين عاما، فهذا حين بلغت قعرها. فأحب الله أن يسمعك صوتها. فما رؤي رسول الله ﷺ بعد ذلك اليوم ضاحكا ملء فيه حتى قبضه الله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasulullah ﷺ mendengar satu bunyi yang mengejutkannya. Lalu Jibril AS datang kepada baginda lantas Rasulullah ﷺ bertanya: "Bunyi apakah ini wahai Jibril?". Beliau menjawab: "Ini ialah batu yang dijatuhkan dari tebing neraka jahanam sejak tujuh puluh tahun yang lalu. Ini ialah (bunyinya) apabila ia telah sampai ke dasarnya. Allah suka untuk memperdengarkanmu bunyinya". Maka selepas hari itu tidak pernah lagi dilihat Rasulullah ﷺ ketawa sepenuh mulutnya sehinggalah Allah mewafatkannya.
STATUS
Munkar dengan selengkap ini
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 574-575, hadis nombor 2964. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التمام) عن أبي سعيد الخدري – رضي الله عنه -، قال: سمع رسول الله ﷺ صوتا هاله، فأتاه جبريل عليه السلام، فقال رسول الله ﷺ: «ما هذا الصوت يا جبريل؟ فقال: هذه صخرة هوت من شفيرجهنم من سبعين عاما، فهذا حين بلغت قعرها. فأحب الله أن يسمعك صوتها. فما رؤي رسول الله ﷺ بعد ذلك اليوم ضاحكا ملء فيه حتى قبضه الله». [طب، «الضعيفة» (6705)].
(Mungkar Dengan Selengkap Ini) Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ mendengar satu bunyi yang mengejutkannya. Lalu Jibril AS datang kepada baginda lantas Rasulullah ﷺ bertanya: "Bunyi apakah ini wahai Jibril?". Beliau menjawab: "Ini ialah batu yang dijatuhkan dari tebing neraka jahanam sejak tujuh puluh tahun yang lalu. Ini ialah (bunyinya) apabila ia telah sampai ke dasarnya. Allah suka untuk memperdengarkanmu bunyinya". Maka selepas hari itu tidak pernah lagi dilihat Rasulullah ﷺ ketawa sepenuh mulutnya sehinggalah Allah mewafatkannya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6705].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.