TEKS BAHASA ARAB
أغمى على رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ساعة ثم أفاق، فقال: ((الله الله فيما ملكت أيمانكم، ألبسوا ظهورهم، وأشبعوا بطونهم، وألينوا لهم القول)).
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rasullullah SAW pernah pengsan, satu jam kemudiannya baginda terjaga dan menyebut: “Allah, Allah, yang memegang sumpah-sumpah kamu, yang menutup belakang mereka dengan pakaian, yang mengenyangkan perut serta berlembut dalam pertuturan”.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 930, hadis nombor 4787. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن كعب بن مالك – رضي الله عنه -، قال: أغمى على رسول الله – صلى الله عليه وسلم – ساعة ثم أفاق، فقال: ((الله الله فيما ملكت أيمانكم، ألبسوا ظهورهم، وأشبعوا بطونهم، وألينوا لهم القول)).
[ابن سعد، الطبري في ((التهذيب))، ابن السنى، طب، ((الضعيفة)) (2902)].
(Sangat Lemah)
Diriwayatkan daripada Kaab bin Malik RA, berkata: Rasullullah SAW pernah pengsan, satu jam kemudiannya baginda terjaga dan menyebut: “Allah, Allah, yang memegang sumpah-sumpah kamu, yang menutup belakang mereka dengan pakaian, yang mengenyangkan perut serta berlembut dalam pertuturan”.
[Riwayat Ibn Saad, al-Tabrani dalam al- Tahzib, Ibn Al-Sunni, dan al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2902].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.