Rasullullah SAW memerintahkan orang-orang kaya mengembala kambing

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم الأغنياء باتخاذ الغنم والفقراء باتخاذ الدجاج.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Rasullullah SAW memerintahkan orang-orang kaya mengembala kambing, manakala orang faqir menternak ayam.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 170-171, hadis nombor 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن ابن عباس مرفوعا وكذا العقيلي وقال: لا يصح وفي إسناده: علي بن عروة وضاع .
قال في اللآلىء: قلت له طريق أخرى.
قال ابن ماجه: حدثنا محمد بن إسماعيل حدثنا عثمان بن عبد الرحمن الحراني حدثنا علي بن عروة عن المقبري عن أبي هريرة فذكره وزاد: عند اتخاذ الأغنياء الدجاج يهلك الفقراء وليس هذا باستدراك فإن ابن ماجه ساقه من طريق ذلك الوضاع علي بن عروة.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), demikian juga al-Uqaili: Hadith ini tidak sahih kerana pada sanadnya terdapat Ali bin Urwah seorang pereka hadith palsu.
As- Suyuthi berkata di dalam kitab al-La’ali’: Aku berkata hadith ini terdapat jalan yang lain.
Ibn Majah berkata: Muhammad bin Ismail telah menceritakan kepada kami Uthman bin Abd Rahman al-Harrani telah menceritakan kepada kami Ali bin Urwah telah menceritakan kepada kami daripada al-Maqburi daripada Abi Hurairah RA, beliau menyebutnya dan menambah: Ketika orang kaya memelihara ayam betina, akan binasa fakir miskin dan ini bukanlah satu penambahan, tetapi Ibn Majah meriwayatkannya dari jalan perawi yang mereka hadith palsu iaitu ‘Ali bin Urwah.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs