Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم الأغنياء باتخاذ الغنم والفقراء باتخاذ الدجاج.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Rasullullah SAW memerintahkan orang-orang kaya untuk mengembala kambing, manakala orang fakir menternak ayam.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin 'Abbas RA
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 170-171, hadis no. 43. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW), demikian juga al-Uqaili: Hadith ini tidak sahih kerana pada sanadnya terdapat Ali bin Urwah seorang pereka hadith palsu. As- Suyuti berkata di dalam kitab al-La’ali’: Aku berkata hadith ini terdapat jalan yang lain. Ibn Majah berkata: Muhammad bin Ismail telah menceritakan kepada kami Uthman bin Abd Rahman al-Harrani telah menceritakan kepada kami Ali bin Urwah telah menceritakan kepada kami daripada al-Maqburi daripada Abi Hurairah RA, beliau menyebutnya dan menambah: Ketika orang kaya memelihara ayam betina, akan binasa fakir miskin dan ini bukanlah satu penambahan, tetapi Ibn Majah meriwayatkannya dari jalan perawi yang mereka hadith palsu iaitu ‘Ali bin Urwah.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman