Terlalu lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتخلل بالقصب والآس.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Rasullullah SAW menegah dijadikan cuka tebu dan myrtus (sejenis bunga).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Terlalu lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 158, hadis no. 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu’ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya terdapat Muhammad bin Abd Malik al-Ansari iaitu seorang yang matruk (terlalu daif). Al-‘Uqaili meriwayatkan dengan sanadnya yang lain, padanya terdapat pereka hadith. Ibn Sunni meriwayatkan juga dan beliau mempunyai jalan lain seperti yang dilaporkan oleh pengarang kitab al-La’ali’.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman