Rasullullah SAW melarang dari makan hasil sembelihan jin

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إنه صلى الله عليه وسلم نهى عن ذبائح الجن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Rasullullah SAW melarang dari makan hasil sembelihan jin.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 169-170, hadis nombor 41. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن حبان عن أبي هريرة مرفوعا وفي إسناده: عبد الله بن أذينة عن ثور بن يزيد قال ابن حبان: عبد الله يروي عن ثور ما ليس من حديثه. وقد رواه البيهقي في سننه عن الزهري يرفعه وهو مرسل.

Ibn Hibban meriwayatkan daripada Abi Hurairah RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW) dan pada sanadnya terdapat Abdullah bin Azinah daripada Thaur bin Yazid. Ibn Hibban berkata: Abdullah meriwayatkan dari Thaur sesuatu yang bukan dari hadithnya. Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam sunannya daripada al-Zuhri secara marfu‘, tetapi hadith ini mursal (gugur sahabat).

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.