Rasullulah SAW mendengar seorang lelaki telah menceraikan isterinya sekaligus (talak tiga)

TEKS BAHASA ARAB

تتخذون دين الله – أو قال: تتخذون الله – تعالى – هزوا ولعبا؟! من طلق البتة ألزمناه ثلاثا، لا تحل له حتى تنكح زوجا غيره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apakah kamu menjadikan agama Allah atau – apakah kamu jadikan Allah sebagai suatu permainan dan bahan ejekan? Barangsiapa yang menceraikan sebanyak tiga kali, tidaklah halal untuk suaminya kembali kepada isterinya, sehingga isterinya berkahwin dengan lelaki yang lain.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 933, hadis nombor 4798. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن علي – رضي الله عنه -، قال: [سمع] رسول الله – صلى الله عليه وسلم – رجلا طلق البتة فغضب وقال: ((تتخذون دين الله – أو قال: تتخذون الله – تعالى – هزوا ولعبا؟! من طلق البتة ألزمناه ثلاثا، لا تحل له حتى تنكح زوجا غيره)).
[ابن النجار، ((الضعيفة)) (2894)].

(Palsu)
Daripada Ali RA berkata: Rasullulah SAW mendengar seorang lelaki telah menceraikan isterinya sekaligus (talak tiga) lalu Rasulullah SAW pun marah dan berkata: “Apakah kamu menjadikan agama Allah atau – apakah kamu jadikan Allah sebagai suatu permainan dan bahan ejekan? Barangsiapa yang menceraikan sebanyak tiga kali, tidaklah halal untuk suaminya kembali kepada isterinya, sehingga isterinya berkahwin dengan lelaki yang lain”.
[Riwayat Ibn al-Najar. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2894].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs