Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Rambut yang bagus adalah harta

Teks Bahasa Arab

‌حُسْنُ ‌الشَّعْرِ ‌مالٌ ‌وحُسْنُ ‌الوَجْهِ ‌مالٌ ‌وحُسْنُ ‌اللِّسانِ مالٌ والمالُ مالٌ.

Teks Bahasa Melayu

Rambut yang bagus adalah harta, rupa yang elok adalah harta, lidah yang baik adalah harta dan harta adalah suatu yang ada dalam mimpi.

Sahabat Perawi

  1. Anas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 33, hadis no. 156. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ini adalah antara hadith yang dinilai palsu oleh penulis (al-Suyuti) dalam Zail al-Laali dan beliau menukilkan daripada al-Zahabi bahawa beliau berkata: "Ia sebahagian daripada rekaan Yahya bin 'Anbasah".

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.