Ramai umatku yang masuk syurga dengan syafaat seorang lelaki yang merupakan dari kalangan umatku

TEKS BAHASA ARAB

يدخل الجنة بشفاعة رجل من أمتي أكثر من ربيعة ومضر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ramai umatku yang masuk syurga dengan syafaat seorang lelaki yang merupakan dari kalangan umatku yang mana lebih banyak dari kabilah Rabi’ah dan Mudar.

STATUS

[Disebut tanpa penilaian]

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 94. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فِي الْمُخْتَصر «يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَكْثَرُ مِنْ رَبِيعَةَ وَمُضَرَ» قيل هُوَ أويس وَالْمَشْهُور أَنه عُثْمَان بن عَفَّان.

Dalam kitab al-Mukhtasar menyebut:
Ramai umatku yang masuk syurga dengan syafaat seorang lelaki yang merupakan dari kalangan umatku yang mana lebih banyak dari kabilah Rabi’ah dan Mudar”. Dikatakan bahawa lelaki tersebut adalah Uwais. Yang masyhur orang tersebut ialah Uthman Bin ‘Affan.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs