Disebutkan tanpa penilaian
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَكْثَرُ مِنْ رَبِيعَةَ وَمُضَرَ.
Teks Bahasa Melayu
Ramai umatku yang masuk syurga dengan syafaat seorang lelaki yang merupakan dari kalangan umatku yang mana lebih banyak dari kabilah Rabi’ah dan Mudar.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Disebutkan tanpa penilaian
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 94. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
فِي الْمُخْتَصر «يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَكْثَرُ مِنْ رَبِيعَةَ وَمُضَرَ» قيل هُوَ أويس وَالْمَشْهُور أَنه عُثْمَان بن عَفَّان.
Dalam kitab al-Mukhtasar menyebut: Ramai umatku yang masuk syurga dengan syafaat seorang lelaki yang merupakan dari kalangan umatku yang mana lebih banyak dari kabilah Rabi’ah dan Mudar”. Dikatakan bahawa lelaki tersebut adalah Uwais. Yang masyhur orang tersebut ialah Uthman Bin ‘Affan.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman