Ramai orang yang menghadapi hari esok

TEKS BAHASA ARAB

كم من مستقبل يوما لا يستكمله ومنتظر غدا لا يبلغه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ramai orang yang menghadapi hari esok namun tidak sempat menyempurnakannya dan ramai yang menunggu hari esok tapi tidak sempat menemuinya.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 64, hadis nombor 359. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ungkapan ini berasal daripada kalam ‘Awn bin ‘Abdullah, diriwayatkan oleh al-Baihaqi daripada beliau dalam al-Zuhd. Perawi-perawi daif mengambil kalam tersebut lalu meriwayatkannya secara marfu’ [disandarkan] kepada Nabi SAW, ia batil daripada baginda.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs