Ramai orang berkata: 'Tuhan kami adalah Allah' kemudian kebanyakan mereka kufur

TEKS BAHASA ARAB

قد قال الناس: ربنا الله، ثم كفر أكثرهم، فمن مات منهم عليها فهو ممن استقام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ramai orang berkata: ‘Tuhan kami adalah Allah’ kemudian kebanyakan mereka kufur. Oleh itu, sesiapa yang meninggal dunia sambil berada di atas kalimah itu dalam kalangan mereka, maka dia termasuk orang yang teguh pendirian.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1475, hadis nombor 7520. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -: أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قرأ: {إن الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا} قال: ((قد قال الناس: ربنا الله، ثم كفر أكثرهم، فمن مات منهم عليها فهو ممن استقام)). [ت، ((الضعيفة)) (4052)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA bahawa Rasulullah SAW telah membaca: {Sesungguhnya orang-orang yang berkata: "Tuhan kami adalah Allah", kemudian mereka istiqamah (teguh pendirian)}. [Surah Fussilat ayat 30] Baginda bersabda: Ramai orang berkata: ‘Tuhan kami adalah Allah’ kemudian kebanyakan mereka kufur. Oleh itu, sesiapa yang meninggal dunia sambil berada di atas kalimah itu dalam kalangan mereka, maka dia termasuk orang yang teguh pendirian.
[Riwayat al-Tirmizi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4052]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.