Ramadan di Madinah lebih baik seribu kali daripada Ramadan di tempat lain

TEKS BAHASA ARAB

رمضان بالمدينة خير من ألف رمضان فيما سواها من البلدان، وجمعة بالمدينة خير من ألف جمعة فيما سواها من البلدان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

(Puasa) Ramadan di Madinah lebih baik seribu kali daripada (puasa) Ramadan di tempat lain, dan melakukan solat Jumaat di Madinah lebih baik seribu kali daripada melakukan solat Jumaat di tempat lain ataupun di negeri mana pun.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1130, hadis nombor 5696. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن بلال بن الحارث رضي الله عنه مرفوعا: «رمضان بالمدينة خير من ألف رمضان فيما سواها من البلدان، وجمعة بالمدينة خير من ألف جمعة فيما سواها من البلدان». [طب، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (431)]

(Batil) Daripada Bilal bin Haris RA secara marfu’ (disandarkan kepada sahabat): “(Puasa) Ramadhan di Madinah lebih baik seribu kali daripada (puasa) Ramadhan di tempat lain, dan melakukan solat Jumaat di Madinah lebih baik seribu kali daripada melakukan solat Jumaat di tempat lain ataupun di negeri mana pun.”
[Diriwayatkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 831].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs