Rakyat tidak akan sesekali musnah sekalipun mereka itu zalim dan membuat keburukan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لن تهلك الرعية وإن كانت ظالمة مسيئة إذا كانت الولاة هادية مهدية، ولن تهلك الرعية وإن كانت هادية مهدية إذا كانت الولاة ظالمة مسيئة

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rakyat tidak akan sesekali musnah sekalipun mereka itu zalim dan membuat keburukan jika pemerintah memberi petunjuk dan diberikan petunjuk, begitu juga tidak akan sesekali rakyat itu musnah sekalipun mereka itu memberi petunjuk dan diberikan petunjuk jika pemerintah itu zalim dan berkelakuan buruk.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 768-769, hadis nombor 3924. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنها – مرفوعاً: ((لن تهلك الرعية وإن كانت ظالمة مسيئة إذا كانت الولاة هادية مهدية، ولن تهلك الرعية وإن كانت هادية مهدية إذا كانت الولاة ظالمة مسيئة)). [أبو نعيم في (فضيلة العادلين)، «الضعيفة» (514)].

(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Rakyat tidak akan sesekali musnah sekalipun mereka itu zalim dan membuat keburukan jika pemerintah memberi petunjuk dan diberikan petunjuk, begitu juga tidak akan sesekali rakyat itu musnah sekalipun mereka itu memberi petunjuk dan diberikan petunjuk jika pemerintah itu zalim dan berkelakuan buruk.” [Riwayat Abu Nu'aim dalam Fadhilat al-Adilin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 514]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.