Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لن تهلِكَ الرَّعِيَّةُ وإن كانت ظالمةً مُسيئةً إذا كانتِ الولاةُ هاديةً مَهْدِيَّةً، ولن تهلِكَ الرَّعِيَّةُ وإن كانت هاديةً مَهْدِيَّةً إذا كانتِ الولاةُ ظالمةً مَسيئةً.
Teks Bahasa Melayu
Rakyat tidak akan sesekali musnah sekalipun mereka itu zalim dan membuat keburukan jika pemerintah memberi petunjuk dan diberikan petunjuk, begitu juga tidak akan sesekali rakyat itu musnah sekalipun mereka itu memberi petunjuk dan diberikan petunjuk jika pemerintah itu zalim dan berkelakuan buruk.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 768-769, hadis no. 3924. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Rakyat tidak akan sesekali musnah sekalipun mereka itu zalim dan membuat keburukan jika pemerintah memberi petunjuk dan diberikan petunjuk, begitu juga tidak akan sesekali rakyat itu musnah sekalipun mereka itu memberi petunjuk dan diberikan petunjuk jika pemerintah itu zalim dan berkelakuan buruk.” [Riwayat Abu Nu'aim dalam Fadhilat al-Adilin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 514]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman