Rakan kongsi itu berkongsi harta al-Syuf’ah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الشريك‌ شفيع، والشفعة في كل شيء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rakan kongsi itu berkongsi harta al-Syuf’ah (hak rakan kongsi mengambil bahagian kawannya yang lain dengan menggantikan harta atau bayaran), dan al-Syuf’ah itu adalah pada semua perkara.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 772, hadis nombor 3947. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس-رضي الله عنها- قال: قال رسول الله ﷺ: «الشريك‌ شفيع، والشفعة في كل شيء». [ت، الطحاوي، قط، طب، الضياء، هق، «الضعيفة » (1009)].

(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Rakan kongsi itu berkongsi harta al-Syuf’ah (hak rakan kongsi mengambil bahagian kawannya yang lain dengan menggantikan harta atau bayaran), dan al-Syuf’ah itu adalah pada semua perkara.” [Riwayat al-Tirmizi dalam al-Sunan, al-Tahawi dalam al-Musykil, al-Daraqutni dalam al-Sunan, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Dhiya dalam al-Mukhtarah, al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1009]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.