Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الشَّريكُ شفيعٌ، والشُّفعةُ في كلِّ شيءِ.
Teks Bahasa Melayu
Rakan kongsi itu berkongsi harta al-Syuf’ah (hak rakan kongsi mengambil bahagian kawannya yang lain dengan menggantikan harta atau bayaran), dan al-Syuf’ah itu adalah pada semua perkara.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 772, hadis no. 3947. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس-رضي الله عنها- قال: قال رسول الله ﷺ: ((الشريك شفيع، والشفعة في كل شيء)). [ت، الطحاوي، قط، طب، الضياء، هق، ((الضعيفة )) (1009)].
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Rakan kongsi itu berkongsi harta al-Syuf’ah (hak rakan kongsi mengambil bahagian kawannya yang lain dengan menggantikan harta atau bayaran), dan al-Syuf’ah itu adalah pada semua perkara.” [Riwayat al-Tirmizi dalam Sunannya, Riwayat al-Tahawi dalam al-Musykil, Riwayat al-Daruqutni dalam Sunannya, Riwayat Al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, Riwayat al-Dhiya dalam al-Mukhtarah, Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Dhaifah (1009)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman