Raja itu adalah teduhan dari teduhan-teduhan al-Rahman di bumi

TEKS BAHASA ARAB

السلطان ظل من ظل الرحمن في الأرض، يأوي إليه كل مظلوم من عباده، فإن عدل كان له الأجر، وعلى الرعية الشكر، وإن جار، أو حاف، أو ظلم كان عليه الإصر، وعلى الرعية الصبر، وإذا جارت الولاة قحطت السماء، وإذا منعت الزكاة هلكت المواشي، وإذا ظهر الربا (وفي نسخة: الزنا) ظهر الفقر والمسكنة، وإذا أخفرت الذمة أديل للكفار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Raja itu adalah teduhan dari teduhan-teduhan al-Rahman di bumi, berlindung padanya setiap hamba yang dizalimi, jika ia adil maka dia akan mendapat ganjaran, dan rakyat harus bersyukur. Jika pemimpin melampau dan menzalimi maka hendaklah dia meneruskannya. Rakyat pula harus bersabar. Jika para pemimpin melampaui batas maka langit akan mengering, jika zakat dihalang maka binatang ternakan akan musnah. Jika riba muncul (dalam edisi lain: zina), maka kefakiran dan kemiskinan akan terzahir. Jika orang zimmi dijaga maka ia akan menjadi sesuatu yang adil bagi orang kafir.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 768, hadis nombor 3921. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالله بن عمر – رضي الله عنها- عن رسول الله ﷺ: «السلطان ظل من ظل الرحمن في الأرض، يأوي إليه كل مظلوم من عباده، فإن عدل كان له الأجر، وعلى الرعية الشكر، وإن جار، أو حاف، أو ظلم كان عليه الإصر، وعلى الرعية الصبر، وإذا جارت الولاة قحطت السماء، وإذا منعت الزكاة هلكت المواشي، وإذا ظهر الربا (وفي نسخة: الزنا) ظهر الفقر والمسكنة، وإذا أخفرت الذمة أديل للكفار». [تمام، عد، الضياء في المنتقى من مسموعاته بمرو، «الضعيفة» (604)].

(Palsu) Daripada Abdullah bin Umar RA daripada Rasulullah SAW: “Raja itu adalah teduhan dari teduhan-teduhan al-Rahman di bumi, berlindung padanya setiap hamba yang dizalimi, jika ia adil maka dia akan mendapat ganjaran, dan rakyat harus bersyukur. Jika pemimpin melampau dan menzalimi maka hendaklah dia meneruskannya. Rakyat pula harus bersabar. Jika para pemimpin melampaui batas maka langit akan mengering, jika zakat dihalang maka binatang ternakan akan musnah. Jika riba muncul (dalam edisi lain: zina), maka kefakiran dan kemiskinan akan terzahir. Jika orang zimmi dijaga maka ia akan menjadi sesuatu yang adil bagi orang kafir. [Riwayat Tammam, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’, al-Diya’ dalam Kitab al-Muntaqa Min Masmu’atihi Bi Marw. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no.604]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs