TEKS BAHASA ARAB
اكتم الخطبة ثم توضأ فأحسن الوضوء، ثم صل ما كتب الله لك ثم احمد ربك ومجده ثم قل: اللهم إنك تقدر ولا أقدر، وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب، فإن رأيت لي في فلانة – سمها باسمها – خيرا في دنياي وآخرتي فاقض لي بها، أو قال: فاقدرها لي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rahsiakanlah pertunangan, berwuduk dan perbaikkanlah wuduk tersebut. Dan solatlah seperti mana diperintahkan ke atas kamu, dan pujilah Tuhanmu dengan kemuliaannya lalu katakanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui, sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib. Sekiranya engkau melihat diriku pada si fulanah – Engkau sebutkanlah namanya – jika dia bagi dunia dan akhiratku maka tetapkanlah aku bersamanya – atau berkata: takdirkanlah dirinya untuk diriku”.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 930, hadis nombor 4786. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن أبي أيوب الأنصاري – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((اكتم الخطبة ثم توضأ فأحسن الوضوء، ثم صل ما كتب الله لك ثم احمد ربك ومجده ثم قل: اللهم إنك تقدر ولا أقدر، وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب، فإن رأيت لي في فلانة – سمها باسمها – خيرا في دنياي وآخرتي فاقض لي بها، أو قال: فاقدرها لي)).
[حم، ابن خزيمة، حب، ك، هق، ابن عساكر، طب، ((الضعيفة)) (2875)].
(Lemah)
Diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al Ansari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Rahsiakanlah pertunangan, berwuduk dan perbaikkanlah wuduk tersebut. Dan solatlah seperti mana diperintahkan ke atas kamu, dan pujilah Tuhanmu dengan kemuliaannya lalu katakanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Bekuasa, sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui, sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib. Sekiranya engkau melihat diriku pada si fulanah – Engkau sebutkanlah namanya – jika dia bagi dunia dan akhiratku maka tetapkanlah aku bersamanya – atau berkata: takdirkanlah dirinya untuk diriku”.
[Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, Ibn Khuzaimah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibnu Hibban dalam Sahih Ibnu Hibban, Ibn Asakir, dan al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2875].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.