Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اكتُمِ الخِطبَةَ ثُمَّ تَوضَّأْ فأَحسِنِ الوُضوءَ، ثُمَّ صلِّ ما كَتَبَ اللهُ لكَ ثُمَّ احمَدْ ربَّك ومَجِّدْه، ثُمَّ قُلِ: اللَّهمَّ إنَّك تَقدِرُ وَلا أَقدِرُ، وتَعلَمُ وَلا أَعلَمُ وأنتَ عَلَّامُ الغُيوبِ، فإنْ رَأيتَ لي في فُلانةَ- سَمِّها باسْمِها- خيرًا في دُنياي وَآخِرتي فاقْضِ لي بِها، أو قال: فاقدُرْها لي.
Teks Bahasa Melayu
Rahsiakanlah pertunangan, berwuduk dan perbaikkanlah wuduk tersebut. Dan solatlah seperti mana diperintahkan ke atas kamu, dan pujilah Tuhanmu dengan kemuliaannya lalu katakanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui, sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib. Sekiranya engkau melihat diriku pada si fulanah – Engkau sebutkanlah namanya – jika dia bagi dunia dan akhiratku maka tetapkanlah aku bersamanya – atau berkata: takdirkanlah dirinya untuk diriku”.
Sahabat Perawi
- Abu Ayyub Al Ansari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 930, hadis no. 4786. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي أيوب الأنصاري - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: اكتم الخطبة ثم توضأ فأحسن الوضوء، ثم صل ما كتب الله لك ثم احمد ربك ومجده ثم قل: اللهم إنك تقدر ولا أقدر، وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب، فإن رأيت لي في فلانة - سمها باسمها - خيرا في دنياي وآخرتي فاقض لي بها، أو قال: فاقدرها لي. [حم، ابن خزيمة، حب، ك، هق، ابن عساكر، طب، الضعيفة (2875)].
(Lemah) Diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al Ansari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Rahsiakanlah pertunangan, berwuduk dan perbaikkanlah wuduk tersebut. Dan solatlah seperti mana diperintahkan ke atas kamu, dan pujilah Tuhanmu dengan kemuliaannya lalu katakanlah: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Bekuasa, sedang aku tidak berkuasa. Engkau mengetahui, sedang aku tidak mengetahui dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib. Sekiranya engkau melihat diriku pada si fulanah – Engkau sebutkanlah namanya – jika dia bagi dunia dan akhiratku maka tetapkanlah aku bersamanya – atau berkata: takdirkanlah dirinya untuk diriku”. [Riwayat Musnad Ahmad bin Hanbal, Ibn Khuzaimah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, Ibnu Hibban dalam Sahih Ibnu Hibban, Ibn Asakir, dan al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2875].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman