Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَخِفُّوا الْخِتَانَ وَأَعْلِنُوا النِّكَاحِ.
Teks Bahasa Melayu
Rahsiakanlah khitan dan hebohkanlah pernikahan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 12, hadis no. 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Bahagian pertama itu tidak ada asalnya. Al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad membuat bab berkenaan ajakan untuk majlis khitan dan bersuka ria padanya, dan beliau telah menyebutkan satu hadith yang menyokong dihebohkan khitan. Ibn al-Haj menukilkan bahawa menyembunyikan itu khusus pada wanita, sebagaimana uruf. Namun, telah datang daripada 'Aishah penghebohan khitan pada mereka (yakni para wanita) -juga-.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman