TEKS BAHASA ARAB
السر أفضل من العلانية والعلانية أفضل لمن أراد الإقتداء به.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Rahsia itu lebih baik berbanding terang-terangan, terang-terangan lebih baik bagi sesiapa yang mahu diikuti.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 45, hadis nombor 235. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith tersebut daripada naskhah Bishr bin ‘Awn al-Qurashi daripada Bakkar bin Tamim daripada Makhul daripada Wailah, naskhah tersebut mengandungi lebih kurang seratus hadith, kesemuanya palsu sebagaimana disebutkan oleh para huffaz.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.