Rahmatilah umat Muhammad dengan rahmat yang menyeluruh

TEKS BAHASA ARAB

ما من دعاء أحب إلى الله من قول العبد: اللهم ارحم أمة محمد رحمة عامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada satu pun doa yang lebih disukai oleh Allah SWT berbanding ucapan seseorang hamba: Ya Allah! Rahmatilah umat Muhammad dengan rahmat yang menyeluruh.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1434, hadis nombor 7284. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: ما من دعاء أحب إلى الله من قول العبد: اللهم ارحم أمة محمد رحمة عامة.
[عق، خط، عد، ((الضعيفة)) (2106)]

(Sangat lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW: Tidak ada satu pun doa yang lebih disukai oleh Allah SWT berbanding ucapan seseorang hamba: Ya Allah! Rahmatilah umat Muhammad dengan rahmat yang menyeluruh.
[Riwayat al-'Uqaili dalam al-Du'afa' al-Kabir, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2106]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs