Rahmatilah hajat orang yang kaya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ارحموا حاجة الغني، فقال رجل: وما حاجة الغني؟ قال: الرجل الموسر يحتاج، فصدقة الدرهم عليه عند الله بمنزلة سبعين ألفا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Rahmatilah (kasihanilah) hajat orang yang kaya. Seorang lelaki bertanya: Apakah hajat orang yang kaya? Baginda berkata: Lelaki yang kaya yang memerlukan, maka sedekah 1 dirham kepadanya di sisi Allah seperti (menyedekahkan) 70,000 (dirham).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 875 – 876, hadis nombor 4485. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((ارحموا حاجة الغني))، فقال رجل: وما حاجة الغني؟ قال: ((الرجل المسر يحتاج، فصدقة الدرهم عليه عند الله بمنزلة سبعين ألفا)). [الرافعي، ((الضعيفة)) (3275)].

(Palsu)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Rahmatilah (kasihanilah) hajat orang yang kaya. Seorang lelaki bertanya: Apakah hajat orang yang kaya? Baginda berkata: Lelaki yang kaya yang memerlukan, maka sedekah 1 dirham kepadanya di sisi Allah seperti (menyedekahkan) 70,000 (dirham).”
[Riwayat al-Rafie dalam Tarikh Qazwin. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3275].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.