Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الرحمةُ تنزلُ على الإمامِ، ثُمَّ على مَنْ على يمينهِ، الأولُ الأولُ.
Teks Bahasa Melayu
Rahmat diturunkan ke atas imam, kemudian kepada mereka yang berada di bahagian kanannya, serta yang awal dan berikutnya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 282, hadis no. 1466. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الرحمة تنزل على الإمام، ثم على من على يمينه، الأول الأول)). [فر، ((الضعيفة)) (3657)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Rahmat diturunkan ke atas imam, kemudian kepada mereka yang berada di bahagian kanannya, serta yang awal dan berikutnya. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3657]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman